Showing posts with label the way of life.... Show all posts
Showing posts with label the way of life.... Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

ramadhan is leaving us...

syawal is coming in 6 days~
n ramadhan is leaving us in the same period.
what did u guys felt during this period?
agak2 graduate dgn cemerlang x drpd universiti ibadah?
hm..ak pn x taw...rasa mcm x cukup~
xpew...masih berbaki beberapa hari~
mari kita lakukan pecutan maksimum untuk memanfaatkannya~

insya-ALLAH....amin~ =)

Thursday, November 25, 2010

di dlm kesibukan hidup ini...

dalam kesibukan hidup melayari dunia fana ini,

kita lupa akan tujuan sebenar kita ke dunia ini.

iaitu menjadi khalifah di muka bumi ini...

mensejahterakan dunia ini serta beriman dan beramal kepadaNYA.

dan yang pasti...ramai antara kita yang alpa akan kematian yg semakin hampir

kepada kita serta mengabaikannya......

Thursday, October 28, 2010

subuh....

subuh sudah berkumandang di saat mereka2 masih ramai dibuai mimpi...
bgnlah wahai umat ISLAM...mengerjakan tanggungjawab anda kepadaNYA
DGN seikhlas hati........

Monday, September 20, 2010

aku redha....

setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...
sekiranya dia bukan utk aku...
aku redha...
semoga dia berjumpa dgn org yg lebey baik drpdku..
kenapa aku redha?
kerana aku percaya akan ketetapan ilahi..
ketetapan ilahi adalah yg terbaik buat diriku..
mungkin bgku ianya benda yg terburuk,
tapi bagiNYA adalah yg terbaik sekali....


cinta padaNYA adalah cinta yg satu...
di mana kita tidak boleh secara langsung
atau tidak langsung menyamakannya dgn cinta pada makhluk...


kita hendaklah bersederhana dlm bercinta...
kerna mungkin cinta yg kita dpt skrg ini
mungkin menjadi api kebencian pada diri kita...

aku rasa menyesal akan diriku...
akan dosa-dosa yg aku lakukan dulu dan kini...dan akan datang...
aku bertekad semoga...
sekiranya aku dilamun cinta akan makhluk sekali lagi...
aku berharap cinta ini akan memekarkan cinta ku kepada ilahi...
amin...ya rabbal alamin....

Sunday, September 19, 2010

aku malu...

aku malu...
aku malu sbb aku x mensyukuri nikmat yg diberikanNYA...
aku malu kepadaNYA kerna aku tidak pernah mencuba utk menghargaiNYA..
aku malu kepada mereka (org-org beriman) yg tidak pernah lupa utk bertasbih kepadaNYA..
aku malu kerna mereka berjuang di atas jalan ALLAH..
dan aku?? aku mengejar duniawi..
aku lupa kepadaNYA dlm urusan seharianku..
aku mengejar dunia yg fana ini....
bergelak ketawa, melupakan saudara seISLAM yg kelaparan di sana,
yang berjihad mempertahankan ISLAM yg sebenar...
aku menyokong kemungkaran serta kejahatan....tanpa kusedari....
kemanakah perginya nilai ISLAM dalam diriku yg di ajar oleh ustaz dan ustazahku dahulu.
kemanakah perginya nilai ISLAM yg naqibah ku ajarkan kepadaku dahulu...
tiada bezanya aku dgn mereka yg jahil...
kerna aku tidak mengamalkan ilmu yg aku ada...
aku malu utk mengamalkannya.......
sedarlah wahai diri, bukan mereka (manusiawi di alam ini) yg akan membantumu
di sana nanti...

sedarilah.....
ia terletak atas dirimu sendiri...dalam membantu menegakkan ISLAM....
tiada apa yg boleh dimulakan tanpa dirimu sendiri yg memulakannya...
mulakan dirimu sebagai permulaan....
sukar utk memulakan sesuatu kebaikan...
kerna kebaikan itu asing di zaman ini...

semoga diriku mampu berubah keranaNYA......AMIN....

Tuesday, July 6, 2010

nasib akan berubah tanpa usahakah?



salam...

30 ayat...sekejap jek baca...
7-10 minit diperlukan utk menghabiskan membaca
surah al-mulk...surah al-mulk???? taw x surah ni????

kali pertama aku membca al-mulk adalah di maresma mersing....
di situ la, kali pertama membaca al-mulk dgn merangkak-rangkak....
dan situ la aku mula tersentuh membaca kata-kata daripada Yang Maha ESA...

suatu ketika dulu, aku cukup membenci bdk sekolah agama...sgt pelik melihat
mereka memakai tudung labuh yg amat2, tpi jauh di fikiran aku, aku pk mereka ni nak "Cover" sja memakai tudung ni drpd kesalahan2 mereka....

sungguh, dgn membaca al-mulk.....byk perkara yg bley kita perhatikan...sebagai contoh:

"hampir-hampir (neraka) itu terpecah-belah lantaran marah. setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga neraka itu bertanya, kepada mereka:'"apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorg pemberi peringatan?" (al-mulk,ayat8)

"mereka menjawab: benar ada, sesungguhnya telah datang kepada kami seorg pemberi peringatan, maka kami mendustakannya dan kami katakan: "Allah tidak menurunkan sesuatu pun: kamu tidak lain hanyalah dalam kesesatan yang besar" (al-mulk, ayat 9)

di dalam ayat di atas, ALLAH telah menunjukkan betapa org2 kafir tersebut walaupun telah dicampak ke dlm neraka, mereka tetap di tanya tiada org yg memberi peringatan kah kepada mereka? this shows that ALLAH itu maha ADIL...telah diberi peringatan kepada mereka(org2 kafir) tetapi mereka yg tidak mempedulikannya...ALLAH sudah memberi peluang kepada kita utk memilih, DIA sudah memberi peringatan kepada kita..memberi kita masa hidup di muka buminya ini, utk memilih...


lantas, bagaimanakah pilihan kita?
adakah kita memilih utk bergerak dlm jalan yg lurus, atau kita ingin melalui jalan yg bengkak-bengkok......


semuanya terletak di tangan kita.....kita yg memilih dan kita yg akan menerima akibatnya.....

aku berharap aku akan tergolong di dalam golongan di dalam (surah al-waqiah, ayat 27) "dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu"

tetapi, harapan hanya tinggal harapan....tidak guna harapan itu sekiranya tiada usaha..ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum tersebut tidak berubah....

jadi, marilah kita bergerak sahabat2 sekalian...mari kita duduk sebentar dan perhatikan diri kita...bagaimanakah niat kita hari ni...ke manakah hala tuju kita??
semuanya terletak pada diri kita sendiri....

semoga, kita sama-sama akan berjumpa di sana nanti di kalangan golongan kanan...amin......

Tuesday, June 29, 2010

suatu peringatan...

“Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan jihad yang palsu. ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya sedkit yang mampu bersabar ketika beramal.dan sedikit di antara yang sabar ini yang mampu memikul beban jihad yang sukar dan amal nekad” ~ Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna

Tuesday, April 27, 2010

pathway...

life is once...

many things we can do...

either good @ bad...

we can choose the path that we want to walk on..

so, which will we choose???

think of it..carefully....

if u have choosen the wrong path, walk back n turn around.....

till u find back the rite path....

including me myself.....

some readings to share...enjoy!!!

Saturday, March 20, 2010

cinta & iman....

kata-kata dari seorg kenalan......

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan.Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”



dan juga ini.....

Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.


yer sahabat2 sekalian....
itu lah cinta sebaik-baiknya.....
peliharalah IA, & hargailah sekiranya anda mendapatinya....
supaya tidak menyesal di kemudian hari.....

salam

Friday, February 5, 2010

Mana satu pilihan hati....

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Thursday, November 5, 2009

penyakit futur boleh membunuh sahsiah diri...

Mudah kecewa, putus asa jejas kualiti peribadi punca kita mudah dipengaruhi nafsu

FUTUR adalah suatu penyakit baru yang melanda sebahagian daripada umat Islam. Dalam konteks bahasa, futur ertinya putus selepas bersambung atau tenang selepas bergerak. Juga boleh memberi erti malas atau lambat selepas rajin dan bersungguh-sungguh.

Dalam erti kata lain, futur adalah penyakit kecewa yang boleh membunuh sahsiah Muslim. Penyakit ini berupaya merencat saraf rangsangan aktivis dalaman yang akhirnya mengganggu kesungguhan dalam kerja yang diamanahkan. Ia berpunca daripada hati.

Penyakit futur ini menukar sama-sekali perlakuan pelakunya daripada seorang rajin dan semangat bekerja kepada sikap malas, putus asa, menunda atau berlambat-lambat melakukan pekerjaan.

Ia dikaitkan dengan kegagalan mencapai matlamat yang dihajati seperti tewas dalam peperangan, kalah dalam pilihan raya, gagal mencapai cita-cita peribadi atau tidak mencapai maksud dicita-citakan.

Jangan sampai ia menular dan menjadi pembunuh semangat yang senyap dalam diri individu Muslim, yang akhirnya mengembang kepada kumpulan atau jemaah Muslim sendiri.

Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Berbuat baiklah sesuai dengan kemampuanmu. Demi Allah, Allah tidak berasa bosan sehingga kamu sendiri yang berasa bosan. Dan amalan ad-din yang paling dicintai (Allah) ialah yang dilakukan secara rutin oleh pelakunya."

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada harga perjuangan, persoalan yang melanda dalam diri berpunca daripada sikap dan kualiti diri kita, ketika semangat perjuangan membakar, hendaklah segera diatasi. Jangan biarkan keinginan dan nafsu menguasai diri melepasi perjuangan sebenarnya.

Ingatlah, peristiwa kekalahan pejuang Islam dalam Perang Uhud boleh memberi iktibar kepada kita. Ketika pejuang sudah mendekati kemenangan tatkala menentang musuh, namun berakhir dengan kekalahan di luar jangkaan, kerana sebab utamanya adalah kegagalan pejuang memelihara kualiti diri mematuhi arahan ketua.

Apabila keseimbangan itu hilang, tentu akan terjadi keadaan yang tidak stabil, sedangkan strategi awalnya amatlah baik. Namun, arahan yang sepatutnya ditaati tidak berupaya diterjemahkan dalam bentuk taat dan patuh kepada arahan ketua.

Allah mengingatkan kita melalui firman yang bermaksud: "Sesungguhnya pada kisah mereka itu ada pengajaran bagi orang yang mempunyai fikiran. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, tetapi ia membenarkan (kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman." (Surah Yusuf, ayat 11)

Sepatutnya apa yang pernah menimpa kepada umat Islam dulu dijadikan pengajaran supaya kita tidak melakukan kesilapan serupa. Tujuan Allah menceritakannya dalam al-Quran ada hikmah dan pengajarannya.

Firman Allah yang bermaksud: "Maka ambil iktibar (pengajaran), wahai orang yang mempunyai penglihatan." (Surah al-Hasyr, ayat 2)

Sesungguhnya, banyak peristiwa berlaku pada kita hari ini adalah suatu putaran dan pusingan kehidupan. Apa yang kita alami kini pernah berlaku suatu ketika dulu dalam keadaan yang mungkin sama, cuma masa saja berlainan.

Percayalah, setiap kejadian yang berlaku hari ini akan berlaku pada depan. Yang pentingnya ialah bagaimana kita menghadapi kejadian yang akan datang melalui perancangan berjadual. Perancangan seperti ini disebut juga sebagai perencanaan berstrategik.

Sejarah perjuangan Rasulullah SAW penuh dengan perancangan dan strategi. Bermula dengan penerimaan wahyu, diikuti penyebaran Islam secara tersembunyi dan akhirnya secara terang-terangan.

Begitu juga ketika berlakunya penghijrahan Rasulullah SAW ke Yathrib, bagaimana perancangan rapi diatur Rasulullah berjaya mencapai matlamat. Ketika menjadi Ketua Negara Madinah, Baginda Rasulullah SAW membuat perancangan secara teliti dengan mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin untuk memperkuatkan kaum Muhajirin.

Diikuti perjanjian dengan puak Yahudi demi mewujudkan sebuah negara bangsa yang kuat dan utuh di Madinah sehingga akhirnya berjaya menakluki semula Makkah. Pengurusan berstrategik memerlukan kita untuk membuat perencanaan bagi menentukan matlamat, menggariskan kaedah dan tindakan untuk mencapai matlamat itu.

Strategi diperlukan menggabungkan pelbagai instrumen kekuatan sumber dimiliki untuk menghadapi persekitaran dengan sebaik-baiknya. Perencanaan juga disebut sebagai jambatan antara masa kini dengan masa depan.

Dalam soal mengatur perancangan strategi, soal penguasaan ilmu sangat penting. Rasulullah SAW menjelaskannya dalam hadis yang bermaksud: "Apabila kamu menghendaki hidup berjaya di dunia hendaklah kamu berilmu dan apabila kamu menghendaki hidup berjaya di akhirat hendaklah berilmu dan apabila kamu menghendaki kedua-duanya hendaklah juga kamu berilmu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya, penguasaan ilmu perancangan berupaya membantu membuat perencanaan secara lebih tersusun. Gerak kerja ini perlu penelitian rapi berdasarkan kepakaran bersumberkan ilmu. Begitu juga untuk menyusun strategi. Strategi yang baik akan membuahkan hasil yang baik.

Strategi yang baik terhasil daripada pemerhatian dan kajian. Strategi yang baik juga berupaya membangunkan, mengekalkan, menangani masalah yang timbul serta cekap dalam mengatur serangan, menyerang dan menguasai musuh seperti mana dibuktikan panglima Islam terkemuka, Salahuddin Al-Ayubi.

Jika kita hanya membangun daripada segi perancangan strategi untuk memantapkan, mengukuh dan menguatkan jemaah saja sedangkan kekuatan dan strategi diatur musuh diketepikan, jawapannya kita tidak mampu menandingi pihak musuh dan tidak akan berkebolehan mengalahkan mereka.

Jangan lupa, musuh juga pasti tidak henti-henti membuat perencanaan untuk menandingi kekuatan kita. Kadangkala kita lupa bahawa strategi musuh di luar batas pemikiran.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sediakanlah untuk mereka segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan daripada pasukan berkuda yang lengkap dan sedia untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang lain daripada mereka yang kamu tidak mengetahui sedang Allah mengetahuinya, dan apa-apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya." (Surah al-anfal, ayat 60)

Perencanaan yang dibuat haruslah ada tata kaedah tertentu, dilaksanakan secara berperingkat, tersusun kemas dan teratur. Perencanaan hendaklah dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa. Ini penting kerana faktor emosi dan masalah sekeliling yang menekan akan menjadi sebab kepada perencanaan yang tidak bagus.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah." (Hadis riwayat Tirmidzi)

Kajian menyatakan kejayaan dalam sesuatu tindakan bergantung kepada kesungguhan untuk melaksanakannya, disamping faktor pengurusan masa. Faktor penguasaan isu semasa dan keadaan sekeliling juga sebahagian daripada momentum yang penting.

Perancangan yang dibuat mestilah atas sifat sebagai hamba kepada Tuhannya. Penentuan kejayaan atau kegagalan itu bukan diberi kata putus oleh manusia. Oleh itu kita jangan menjadi angkuh dan sombong kerana kepakaran mengatur perencanaan dan menjadi strategi yang baik.

Ingatlah kuasa Allah yang menentukan kejayaan atau kegagalan. Jika kegagalan itu ada di pihak kita, ingatlah apa yang Allah katakan, 'ia adalah akibat daripada gara-gara kamu sendiri' dan setiap kejayaan daripada apa yang dirancang itu disambut dengan penuh kesyukuran. Jangan menjadi angkuh dan sombong atas kejayaan itu.

Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dewan Amal Islam Hadhari (Damai)

Tuesday, November 3, 2009

perempuan itu fitnah....

mlm ini..aku dpt bukti...kebenaran..
perempuan itu fitnah....
bahayanya seorg perempuan itu...
sebab itulah ISLAM telah memelihara wanita-wanita,
dgn memberi garis panduan supaya muslimah-muslimah mengikutnya...
supaya maruah seorg muslimah itu terpelihara...

aku mengingatkan diriku dan muslimah-muslimah
yang laen, jangan lah kita memperlekehkan hukum-hukum
serta garis panduan yang telah ALLAH berikan kepada kita, umat ISLAM...
sesungguhnya kitalah suatu kaum yg sgt beruntung....insya-ALLAH....amin...

Saturday, October 31, 2009

salam...
semoga ALLAH merahmati kita semua hari ini
dan hari-hari akan datang....
aku sudah mula jatuh cinta akan lirik-lirik
kumpulan edcoustic...

MUHASABAH CINTA-EDCOUSTIC
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

DenGar LAgu itu DI SinI: http://www.youtube.com/watch?v=V8vRQZbGfko

Wednesday, October 28, 2009

Janji si IBLIS untuk wanita....


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

rujukan dr: http://shuhadaadnan.blogspot.com/2009/10/janji-aku-si-iblis-untuk-wanita.html

Monday, October 26, 2009

HaTImu itu, ISiLah....

bahagia, jgn hangus

Ada manusia terperangkap dalam kesepian. Ada manusia terperangkap dalam kesunyian. Ada manusia terperangkap dalam sendirian.

Dalam tiga situasi ini, manusia sering keresahan, kegelisahan, dan rasa tidak selamat. Dia rasa lemah, dan kelihatan seakan-akan segala sumber kekuatan sudah tertutup rapat. Ketika inilah manusia seakan-akan orang yang buta walaupun dia mampu melihat segalanya.

Justeru, apabila manusia mengadu kepada saya akan keresahannya, kesepiannya, kesendiriannya, kelemahannya, saya suka bertanya satu perkara:

“Bagaimana keadaan hati anda?”

Ya, hati. Raja kepada seluruh tubuh badan kita.

Bagaimana keadaannya?

Ketahuilah bahawa, segala kelemahan yang dirasa, segala kegelisahan yang datang menjelma, hanyalah kerana hati itu kekosongan. Tidak diisi dengan makanan berkhasiat. Membuatkan segala penyakit hadir mengisi kekosongan.

Maka, hatimu itu, isilah.

Pengisian hati,makanan ruhi

Hati, dengan apakah ia hendak diisi?

Pertama sekali saya hendak kata, jangan samakan hati yang saya sebut ni, dengan hati yang wujud sebagai salah satu organ tubuh kita ya. Saya gunakan perkataan hati, tapi sebenarnya saya sedang memperkatakan perihal ruh kita. Sesuatu yang tidak terlihat dek mata kasar.

Kalau kita lihat semula, kepada penciptaan manusia, kita ini sebenarnya terbahagi kepada dua unsur. Manusia dicipta dari tanah(unsur bumi) dan kemudian diberikan nyawa dengan tiupan ruh(unsur langit). Di sini, saya suka mengajak kita semua muhasabah.

Apa yang menyenangkan tubuh badan kita?

Ada rumah, ada makanan, ada pakaian, ada pasangan, ada keturunan dan pelbagai lagi perkara yang bersangkutan dengannya. Mahal atau tidak, itu perkara kesepuluh. Yang penting, semua perkara itu ada, maka diri kita akan merasa senang.

Namun kebanyakan manusia hanya berhenti setakat itu. Dia tidak pula bertanya: “Apakah yang menyenangkan hatinya?”

Kerana kebanyakan manusia, bukan tidak mahu menyenangkan hatinya. Tetapi dia tidak tahu, betapa hatinya juga perlu disenangkan, diisi dan diberikan makanan.

Bila manusia sedar akan keperluan hatinya?

Bila sunyi menyerang, bila dia sendirian, tika dia sepi seorang. Walaupun ketika itu, dia dikelilingi kemewahan, anak pinak, pasangan dan sebagainya. Dia merasakan tiga perkara itu walaupun dia mencapai segala-galanya. Walaupun tubuhnya senang, hatinya gersang.

Ketika itu baru dia tertanya-tanya: “Apa yang aku kurang?”

Sebenarnya, hati yang kosong, itulah sumber segala keresahan dan kegelisahan.

Maka, sesuatu yang berasal dari langit, perlu diisi dengan sesuatu dari langit juga.

Solat, Al-Quran, zikir, dan keterikatan kita kepada Allah SWT, empunya segala perkara.

Aku dah buat, tapi tetap kosong

Sesetengah orang dia rasa jelek apabila orang menyatakan:

“Kalau hati gelisah, bacalah Al-Quran”

Dia mungkin akan menjawab: “Aku baca Al-Quran berjuzu’-juzu’, hati tak tenang pun!”

Kepada yang menegur orang sebegini, jangan terasa dengan jawapannya yang sedemikian. Kepada orang yang menjawab sedemikian, saya pohon anda duduk sebentar dan mendengar apa yang saya ingin katakan.

Ya, anda telah membaca Al-Quran, anda telah berzikir. Tetapi bagaimana?

Adakah anda solat dengan bersungguh-sungguh atau sekadar lepas sahaja? Adakah anda sekadar membaca Al-Quran berjuzu’-juzu’, tetapi satu ayat pun anda tidak memahaminya? Adakah anda berzikir, tetapi tidak menghayatinya?

“Aku dah usaha, aku hayati, aku faham semuanya!”

Oh, jadi mungkin anda kena periksa semula, kenapa anda lakukan semua itu. Menunjuk-nunjuk?

Ketahuilah sebenarnnya, ketenangan itu adalah milik Allah SWT. Kalau kita benar-benar mendekati-Nya dengan keikhlasan, maka tiada sebab untuk Allah SWT tidak memberikan kita ketenangan. Di sini kita perlu kembali melihat kenapa kita mendekati Allah SWT?

Semata-mata kerana Allah, atau kerana dunia?

Penutup: Hati itu perlu diisi

Hendak atau tidak, hati itu perlu diisi.

Jika kita tidak bergerak mengisinya dengan perkara yang sepatutnya, maka keburukan pula akan mengisinya. Ibarat batu. Jika ia tidak bergolek, maka lumut akan menyelimutinya walaupun dia tidak bergerak.

Maka isilah hati, ruh kita ini dengan unsur langit yang diperlukannya. Kita teliti solat kita, al-quran kita, zikir kita kepada Allah SWT. Bukanlah saya katakan ini semua, hendakkan anda menetap di masjid 24 jam dan tidak keluar-keluar. Bukan. Saya tidak pernah mengajak sedemikian.

Cuma saya hendak anda teliti, berapa masa yang anda berikan dalam hidup anda untuk Al-Quran? Adakah masa lapang anda, contohnya masa memandu, anda menggunakannya untuk berzikir mengingati Allah? Adakah solat anda selama ini, anda perbaikkan kondisinya?

Manusia sering memandang enteng perkara-perkara sebegini. Dirasakan, kalau sudah cukup perkara materialistik, maka dia bahagia. Mana…. Kita perlu juga material, tetapi material tanpa sokongan perngisian ruh ini, maka material itu tidak akan mendatangkan apa-apa makna pada kehidupan kita.

Maka isilah hati itu. Jangan kita lengah-lengahkan dalam pengisiannya. Jangan kita pandang enteng kepada keperluannya. Di situ, terletaknya kunci bahagia.

Kalau kita rujuk semula pun, di bahagian mana pada tubuh kita yang kita rasa bahagia bila kita bahagia? Yang kita rasa gelisah bila gelisah?

Jawab lah…



rujukan dari: hilal asyraf >langit ilahi<

Friday, October 2, 2009

Doktor yang 'degree' atau doktor yang da'ie?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Aku memohon agar apa yang aku tulis ini memperoleh Redha-Mu..menambah imankudan iman saudara muslimku...serta menjadi pencetus Hidayah kepada yang masihhatinya beku..


"Aku seorang doktor..Betul ke?"

Apa pulak tak betul, kau dah mula belajar dah.

"Mula belajar?Mula belajar dah jadi doktor?"


Entah la. Aku pun tak tau. Tapi aku nak mulai hari ini, aku dipanggil Doktor ******.


Ai bang, baru belajar dah dipanggil doktor? Bangga sangat dengan title doktor engkau tu ke?

"Aku seorang doktor"

* * * *


Mengungkap kembali kalimah doktor tu, ke mana kita boleh bawak 'kedoktoran'kita tu?

"Ke mana? Ke Malaysia la. Aku nak dapatkan ijazah MBBS."

erm..Kalau macam tu, andaikata ada orang tanya kau, apa yang kau dapat katJordan?

Apa kau nak jawab? MBBS je?


Macam mana kalau ada orang tanya pasal hukum pemindahan organ? Macam mana kalauada orang tanya pasal hukum pendermaan darah? Macam mana kalau ada pesakit yang kecewa dengan penyakit dia? yang kecewa dengan kematian saudara dia? yang putus asa?

Nak terang macam mana kat mereka? Nak cakap yang kau ni ada ijazah MBBS?nakbagitau yang kau ni dulu belajar 6 tahun? nak cakap yang kau ni dulu SPMhebat? Nak suruh mereka panggil kau 'DOKTOR ******'?


Tukar pula situasi. Macam mana kalau bila ada orang tanya kau pasal pemindahan organ, kau boleh kata "Hukum nak pindah organ ni, cik, kalau ikut ulama' kontemporari seperti Mufti Syafi'e dari India, beliau kata harus beserta syarat-syarat tertentu iaitu ....".


Kalau ada pesakit kecewa, "Jangan susah hati encik, nabi dah jamin setiap penyakit ada ubatnya, yakinlah dengan janji nabi. Kalau encik susah, hubungi saya, insyaAllah saya akan datang kepada encik, dan encik, Allah dah bagitau, bersama kesusahan pasti akan disusuli dengan kesenangan. Orang yang sakit, kalau dia bersabar, dia akan dapat ganjaran di syurga nanti. Jangan risau."


HUH,,nak cakap macam tu eh?...susah gak eh

Apa pulak susah?..senang je.belajar berapa tahun?bukan sehari dua. Takkan tiadamasa langsung untuk belajar perkara-perkara mudah macam tu? Itu yang asasnya.


Kita perlu masukkan agama dalam urusan kerja kita. Tiap minit perlu sampaikan agama kepada pesakit dan staff. Dalam masa yang sama, pikat hati masyarakat dengan akhlak kita. Hampiri masyarakat dengan peribadi mulia kita, dan denganitu, masyarakat akan menerima apa yang kita akan sampaikan. InsyaAllah. Jadi,boleh sampaikan Islam.


Kalau nak ikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, tahun 2006, jumlah doktor perubatan sektor kerajaan berjumlah 13 335. Kalau swasta, 8602. Kalau nak ikut purata keseluruhan,seorang doktor berjumpa dengan 1214 pesakit setahun! Ramai tu bang oi!

Dan bayangkan, kalau ada lebih kurang 7-8 ribu doktor muslim, dan doktor-doktormuslim ni tunjukkan peribadi dan akhlak yang baik, kerja tepat masa, rajin,ramah dan penyabar, lalu apabila ada orang tanya,

"kenapa doktor masih boleh tersenyum sedangkan kerja banyak?kenapa doktormasih boleh risau datang lambat sedangkan doktor adalah boss disini?kenapa doktor terlalu baik dengan saya?"


Maka si doktor pun jawab,

"Sebenarnya,saya ada satu jawapan. Islam yang ajar saya macam ni. Islam yang ajarsaya jadi sabar. Sabar atas cabaran. Sebab saya memikul tanggungjawabyang berat. Saya ada tanggungjawab. Saya perlu laksanakantanggungjawab. Tanggungjawab saya adalah masyarakat. Kalau saya tak laksanakan tanggungjawab saya, masyarakat akan tuntut hak mereka di akhirat nanti.


Biarpun saya boss, tapi ada BOSS yang lagi berkuasa, yang sentiasa Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Sebab itu saya takutuntuk lalai dalam tanggungjawab."


Subhanallah.Bayangkanlah kalau 7-8 ribu doktor muslim yang ada di Malaysia ni buat macam tu. Betapa ramai yang boleh dihampiri. Pasti ramai yang akan tertarik dengan budi pekertinya, dan ramai juga yang boleh kita bawa kepada Islam.

"Ish..ramai tu. Tapi ada masa ke? Doktor kan sibuk? Sempat ke nak buat semua tu?"


Cik abang oi, ingat la sikit,

Doctor is a career that deals with human every second, every minute and everyday, not with machines. Doctor is a job that deals with heart and feelings every second, every minute and everyday, not with batteries and wires.


Jadi, apa yang nak dirisaukan? Takkan la seminit pun tak sempat nak sampaikan Islam? nak tunjukkan Islam? Lama sangat ke?

Takkanlah 6 tahun kita sempat nak hafal itu ini, belajar itu ini, sesaat pun tak sempat nak sampaikan Islam?


Bayangkanlah, purata 1214 pesakit berjumpa seorang doktor setiap tahun, kalau ada dikalangan pesakit tu, 700 orang bukan Islam, kita dah tarik hati merekakepada Islam.


Biarlah kita jadi pintu kepada hidayah untuk orang lain, jangan kita pula yang menutup pintu hidayah orang lain.

Biarlah orang kenal Islam melalui kita, jangan orang benci kepada Islam kerana kita.


Persoalannya cuma satu,


SAMA ADA KITA MAHU ATAU TIDAK MAHU

Wallahu a'lam

rujukan dari:

http://alikhwan.webs.com/apps/blog/show/417940-doktor-yang-degree-atau-doktor-yang-da-ie-

Saturday, September 5, 2009

A letter from a Christian to Muslim women (March 7th, 2007)

By Joanna Francis
Writer, Journalist - USA

Between the Israeli assault on Lebanon and the Zionist “war on terror,” the Muslim world is now center stage in every American home. I see the carnage, death and destruction that have befallen Lebanon, but I also see something else: I see you. I can’t help but notice that almost every woman I see is carrying a baby or has children around her. I see that though they are dressed modestly, their beauty still shines through. But it’s not just outer beauty that I notice. I also notice that I feel something strange inside me: I feel envy. I feel terrible for the horrible experiences and war crimes that the Lebanese people have suffered, being targeted by our common enemy. But I can’t help but admire your strength, your beauty, your modesty, and most of all, your happiness.

Yes, it’s strange, but it occurred to me that even under constant bombardment, you still seemed happier than we are, because you were still living the natural lives of women. The way women have always lived since the beginning of time. It used to be that way in the West until the 1960s, when we were bombarded by the same enemy. Only we were not bombarded with actual munitions, but with subtle trickery and moral corruption.

Through Temptation

They bombarded us Americans from Hollywood, instead of from fighter jets or with our own American-made tanks. They would like to bomb you in this way too, after they’ve finished bombing the infrastructure of your countries. I do not want this to happen to you. You will feel degraded, just like we do. You can avoid this kind of bombing if you will kindly listen to those of us who have already suffered serious casualties from their evil influence. Because everything you see coming out of Hollywood is a pack of lies, a distortion of reality, smoke and mirrors. They present casual sex as harmless recreation because they aim to destroy the moral fabric of the societies into which they beam their poisonous programming. I beg you not to drink their poison. There is no antidote for it once you have consumed it. You may recover partially, but you will never be the same. Better to avoid the poison altogether than to try to heal from the damage it causes.

They will try to tempt you with their titillating movies and music videos, falsely portraying us American women as happy and satisfied, proud of dressing like prostitutes, and content without families. Most of us are not happy, trust me. Millions of us are on anti-depressant medication, hate our jobs, and cry at night over the men who told us they loved us, then greedily used us and walked away. They would like to destroy your families and convince you to have fewer children. They do this by presenting marriage as a form of slavery, motherhood as a curse, and being modest and pure as old-fashioned. They want you to cheapen yourself and lose your faith. They are like the Serpent tempting Eve with the apple. Don’t bite.

Self-Value

I see you as precious gems, pure gold, or the “pearl of great value” spoken of in the Bible (Matthew 13: 45). All women are pearls of great value, but some of us have been deceived into doubting the value of our purity. Jesus said: “Give not that which is holy unto the dogs, neither cast your pearls before swine, lest they trample them under their feet, and turn again and rend you” (Matthew 7: 6). Our pearls are priceless, but they convince us that they’re cheap. But trust me; there is no substitute for being able to look in the mirror and seeing purity, innocence and self-respect staring back at you.

The fashions coming out of the Western sewer are designed to make you believe that your most valuable asset is your sexuality. But your beautiful dresses and veils are actually sexier than any Western fashion, because they cloak you in mystery and show self-respect and confidence. A woman’s sexuality should be guarded from unworthy eyes, since it should be your gift to the man who loves and respects you enough to marry you. And since your men are still manly warriors, they deserve no less than your best. Our men don’t even want purity anymore. They don’t recognize the pearl of great value, opting for the flashy rhinestone instead. Only to leave her too!

Your most valuable assets are your inner beauty, your innocence, and everything that makes you who you are. But I notice that some Muslim women push the limit and try to be as Western as possible, even while wearing a veil (with some of their hair showing). Why imitate women who already regret, or will soon regret, their lost virtue? There is no compensation for that loss. You are flawless diamonds. Don’t let them trick you into becoming rhinestones. Because everything you see in the fashion magazines and on Western television is a lie. It is Satan’s trap. It is fool’s gold.

A Woman’s Heart

I’ll let you in on a little secret, just in case you’re curious: pre-marital sex is not even that great. We gave our bodies to the men we were in love with, believing that that was the way to make them love us and want to marry us, just as we had seen on television growing up. But without the security of marriage and the sure knowledge that he will always stay with us, it’s not even enjoyable! That’s the irony. It was just a waste. It leaves you in tears.

Speaking as one woman to another, I believe that you understand that already. Because only a woman can truly understand what’s in another woman’s heart. We really are all alike. Our race, religion or nationalities do not matter. A woman’s heart is the same everywhere. We love. That’s what we do best. We nurture our families and give comfort and strength to the men we love. But we American women have been fooled into believing that we are happiest having careers, our own homes in which to live alone, and freedom to give our love away to whomever we choose. That is not freedom. And that is not love.

Only in the safe haven of marriage can a woman’s body and heart be safe to love. Don’t settle for anything less. It’s not worth it. You won’t even like it and you’ll like yourself even less afterwards. Then he’ll leave you.

Self-Denial

Sin never pays. It always cheats you. Even though I have reclaimed my honor, there’s still no substitute for having never been dishonored in the first place. We Western women have been brainwashed into thinking that you Muslim women are oppressed. But truly, we are the ones who are oppressed; slaves to fashions that degrade us, obsessed with our weight, begging for love from men who do not want to grow up. Deep down inside, we know that we have been cheated.

We secretly admire and envy you, although some of us will not admit it. Please do not look down on us or think that we like things the way they are. It’s not our fault. Most of us did not have fathers to protect us when we were young because our families have been destroyed. You know who is behind this plot. Don’t be fooled, my sisters. Don’t let them get you too. Stay innocent and pure. We Christian women need to see what life is really supposed to be like for women. We need you to set the example for us, because we are lost. Hold onto your purity. Remember: you can’t put the toothpaste back in the tube. So guard your “toothpaste” carefully!

I hope you receive this advice in the spirit in which it is intended: the spirit of friendship, respect, and admiration. From your Christian sister with love

Tuesday, April 21, 2009

kita dengan DIA

Ayat Kursi, adalah satu ayat yang amat terkenal di dalam Al-Quran. Malah, di kalangan masyarakat melayu, Ayat Kursi ini ibarat ayat yang paling hebat dalam Al-Quran. Orang melayu ramai yang percaya bahawa ayat ini amat mujarab bila digunakan untuk menghalau syaitan dan jin.

Saya membelek terjemahan Ayat Kursi ini.

Walaupun membacanya saban hari dalam Al-Mathurat, saya tidak pernah mendalami maknanya. Hari ini tergerak untuk memerhatikan kalimah-kalimah melayu, terjemahan kepada ayat suci itu.

Dan hati ini bergetar.

Kita dengan DIA.

Kerdilnya kita di hadapan DIA.


Manusia sering menyangka bahawa, dia mempunyai pemikiran yang hebat, serta ilmu yang tinggi dan mampu melakukan segalanya. Mereka ini akhirnya bertindak mengamalkan hukum hutan di dalam kehidupan manusia, yang kuat akan membaham yang lemah. Bukan setakat itu kerakusan mereka terhenti. Mereka malah ada hajat untuk menundukkan DIA.

Beberapa insan yang boleh kita jadikan contoh berhajat melakukan demikian adalah Firaun dan Namrud. Firaun amat angkuh, dan dengan fikiran singkatnya mengakui bahawa Sungai Nil itu mengalir bawah kuasanya. Malah, dia tanpa rasa takut mengakui bahawa dirinya adalah TUHAN yang tertinggi.

“ Dia(Firaun) berkata, Akulah TUHAN kamu yang paling tinggi” Surah An-Nazi’at ayat 24.

Pada Firaun, kekuasaannya di Mesir ketika itu, malah kebijakan tidak terpecahnya dalam membina piramid, sudah seakan-akan menyamai kekuatan TUHAN. Maka tanpa segan silu atau takut, dia mengisytiharkan peperangan dengan kasih sayang DIA yang bernama Musa.

Firaun adalah manusia yang tidak mengambil pengajaran dari orang sebelumnya. Ada seorang manusia bernama Namrud, berkuasa di atas satu wilayah ajaib bernama Babilon. Keagungan tempat itu terserlah dengan Taman Tergantung Babilon yang sehingga kini masih berselirat misteri yang tidak mampu dipecahkan.

Namrud turut merasakan bahawa dia adalah TUHAN. Mampu menghidupkan dan mematikan. Dia menindas semua orang di bawahnya dan merasakan dialah segalanya. Maka DIA telah menghantarkan kasih sayangNya bernama Ibrahim. Dan Namrud dengan angkuh melemparkan kasih sayangNya itu ke dalam api, malah bertindak bodoh dengan membina bangunan yang teramat tinggi untuk memanah DIA.

Apa yang berlaku kepada dua manusia ini?

Namrud mati hanya kerana nyamuk. Firaun yang tidak mengambil pengajaran dari Namrud yang telah wujud sebelumnya, mati dilemaskan DIA di dalam laut.

Manusia hari ini, ramai sahaja yang bercita-cita untuk hidup seperti Firaun dan Namrud itu. Tetapi berapa ramaikah yang mengambil pengajaran dari pengakhiran kedua makhluk ALLAH itu?

Bagaimanakah kita agaknya?

Bagaimanakah kita dengan DIA agaknya?

Menatap Ayat Kursi membuatkan hati saya bergetar.

“ ALLAH, tiada ILAH melainkan DIA. Yang Maha Hidup, Yang terus menerus mengurus(makhlukNya), Tidak Mengantuk dan Tidak Tidur. MilikNya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada apa yang mampu memberikan syafaat di sisiNya tanpa izin daripadaNya. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, dan mereka pula tidak tahu sesuatu apa pun tentang ilmuNya melainkan apa yang DIA kehendaki(untuk mereka ketahui). KursiNya meliputi langit dan bumi. Dan DIA tidak merasa berat memlihara keduanya(Langit dan bumi) dan DIA itu Maha Tinggi lagi Maha Besar” ayat 255 Surah Al-Baqarah.

Ayat yang hanya disebut orang bila menghalau jin dan syaitan ini, hakikatnya mempunyai makna kebesaran DIA yang terulung. Ayat itu seakan-akan ringkasnya bermaksud,

“ Kamu semua tidak punya apa-apa, hidup pun dalam belas kasihan dan jagaan DIA…”

Hati jadi sempit. Nafas jadi sesak kerana teringatkan rasa angkuh, bongkak, lupa diri, lalai, alpa dan seribu macam lagi rasa yang menjauhkan kita dengan DIA yang selama ini menari-nari dalam kehidupan kita. Kita dengan DIA, apa kudrat yang kita ada untuk bangun dengan segala dosa di hadapan DIA nanti? Pada hari tidak berguna apa-apa, melainkan hati yang sempurna.

“ Hari yang tidak berguna harta dan anak pinak. Kecuali yang datang kepada ALLAH dengan hati yang sempurna” Surah Asy-Syu’ara ayat 88&89.

24 jam kehidupan kita, berapa banyakkah kita mengingati DIA?

Dalam keadaan kita alpa, adakah DIA terus menghantar azab tanda kemarahanNya?

Tahukah apa yang DIA firmankan kepada kita?

“ Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum KAMI mengutuskan Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)” Surah Israa’ ayat 15.

Ya. DIA menyatakan yang DIA tidak akan jadi pengazab, sebelum DIA sampaikan kepada kita utusanNya.

Tidakkah anda melihat Rasulullah SAW itu sebagai hadiah kasih sayangNya kepada kita? Tidakkah kita melihat bahawa ISLAM itu sebagai rahmatNya kepada kita?

“ Dan tiadalah kami utuskan engkau(wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam” Surah Al-Anbiya’ 107.

Sebenarnya, sebagai mana sayangNya DIA kepada hambaNya bernama Firaun dan Namrud itu, seluas itu jugalah kasih sayangNya kepada kita hari ini. Tidak pernah mengecil kasih sayangNya ditelah waktu, tidak pernah luput keampunanNya ditelan zaman. Cuma hambaNya bernama Firaun dan Namrud itu menolak semua itu daripada DIA.

Bagaimana pula kita?

Bagaimana pula kita dengan DIA?

Soalan yang saya tanya, untuk hati-hati kita menjawabnya.


rujukAN dari http://ms.langitilahi.com/kita-dengan-dia/

Thursday, April 9, 2009

KEREDHAANMU......

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

Wednesday, March 25, 2009

bergeraklah....

bergeraklah atas jalan ALLAH

bergeraklah atas jalan ALLAH

Manusia, dalam kehidupannya kadangkala seperti ada tali yang mengikat. Selalunya ikatan itu akan terzahir dengan alasan.

“ Ah.. ana takutlah..”

“ Aku tak boleh buat la benda ni”

“ Ayo bro, wa ni bukan macam lu…”

Bila manusia hendak bergerak ke arah kemajuan diri, peningkatan hati, atau cuba melakukan sesuatu yang bermakna untuk kehidupannya sendiri, pasti akan ada rasa,

“ Emm.. boleh ke?”

Kenapa? Kenapa mesti begitu?

Kerana tiada keyakinan. Juga kerana tiada pegangan yang jelas. Manusia nampak matlamat,

“ oh, nak masuk syurga…”

Tetapi manusia tidak nampak jalan hendak ke sana.

“ Macam mana ya?”

Lantas hati termanggu-manggu dek penantian akibat kurangnya kejelasan. Akhirnya,

“ Ah, malas lah”

Ditambah pula dengan serangan-serangan syaitan yang berusaha agar anak adam ini tidak akan mampu bergerak selangkah merapati RABBnya.

“ Membazir masa je benda-benda ni….”

Tambah pula jika dia sudah mula bergerak dalam keraguan itu, kemudian dia tersungkur jatuh kerana gagal.

“ Ha.. kan aku dah kata dah…”

Akhirnya terikatlah manusia tanpa berlakunya peningkatan pada diri. Tidak berubah ke arah kebaikan. Saban hari duduk di dalam kegelapan. Hingga dia tidak lagi kenal apakah itu cahaya kebenaran. Sehingga kebaikan itu dipandang jelek, dan keburukan itu dipandang mulia dan hebat.

Sebenarnya, perubahan diri itu diseru. Perlu dibangunkan satu rasa di dalam jiwa kita, kekuatan hendak melakukan perubahan ke arah kebaikan dalam diri kita. Kita sebagai manusia perlu bergerak ke arah kebaikan, walau sesukar mana pun jalannya.

“ Tetapi aku tak tahu nak buat macam mana?”

Maka jelaskanlah pandangan kita terhadap apa jalan yang perlu kita ambil dan lalui. Tiadalah kita akan mengambil jalan-jalan mereka yang gagal, melainkan kita hanya akan mengambil jalan manusia yang sudah berjaya. Dan jalan itu hanya ada satu sahaja. Itulah jalan yang sudah ditempuhi oleh Rasulullah, para sahabatnya, dan juga mereka yang mengikuti mereka sebelum kita.

“ Acuan ALLAH, siapakah yang lebih baik dari ALLAH acuannya?” Al-Baqarah ayat 138.

Jalan yang sama juga kita akan tempuhi jika hendak melakukan perubahan diri. Seorang manusia itu perlu dinamik jika hendakkan kebaikan di dalam diri. Kebaikan, tidak akan datang bergolek kepada kita. Yang akan datang kepada kita walau kita tidak bergerak hanya keburukan sahaja.

“ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan jika kaum itu berusaha untuk mengubah apa yang ada di dalam dirinya” Ar-Ra’d ayat 11.

Manusia perlu yakin bahawa bersama-samanya adalah ALLAH yang tidak akan sesekali berenggang dengannya. Jika dia faham akan hal ini, menyedari bahawa peningkatan dirinya adalah untuk kembali kepada ALLAH dalam keadaan yang terbaik, maka dia akan berusaha dengan gencar tanpa gentar. Segala keresahan, musibah, dan dugaan akan menjadi kecil apabila dia mempunyai keimanan ini.

“ Sekiranya kamu membantu ALLAH, maka ALLAH akan membantu kamu dan menguatkan kaki kamu”

Bagi manusia yang menggerakkan dirinya atas kefahaman ini, maka dia akan mampu melangkah lebih jauh. Siapa sangka ISLAM yang mendapat tentangan hebat semasa era Makkah, mampu tersebar ke seluruh dunia dan mempunyai penganut yang amat ramai, malah pernah memerintah 2/3 dunia? Semuanya kerana ia dimulakan dengan keyakinan hendak memenuhi tuntutan dan arahan ALLAH SWT.

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, ALLAH akan memberikannya jalan keluar, dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka, barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH, maka ALLAH akan cukupkan untuknya,” Surah At-Talaq ayat 2-3

Justeru manusia tidak patut teragak-agak lagi dalam menggesa dirinya untuk bergerak melakukan perubahan. Takdir itu perlu dilakarkan olehnya sendiri dengan usaha. ALLAH akan memberikan natijah. Dan pastinya, sesiapa yang bergerak atas keimanannya kepada ALLAH, maka apa pun natijah yang terpalit pada jalan kehidupannya, dia tidak akan sesekali kecewa.

“ Setiap yang bernyawa akan mati, sesungguhnya kamu akan dibalasi dengan perbuatan kamu di akhirat kelak, barangsiapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, makasesungguhnya dia telah berjaya, dan tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya” Ali-Imran ayat 185.

Maka manusia, bergeraklah kamu ke arah kebaikan dan jangan kamu tangguh-tangguhkan.

Hanya kebaikan sahaja yang menanti kamu walau pasti di atas jalan perubahan ini, kesukaran dan cabaran menanti dirimu.

Bergeraklah!

Berubah!


rujukan daripada www.langitilahi.com