Thursday, February 26, 2009

C.I.N.T.A K.E.R.A bkn M.O.N.Y.E.T

“Korg ni asyik bergayut telefon smpai jauh2 mlm, tak fikir ke yg benda ni salah?” tanya Siti kpd rkn sebiliknya.
“Kami bncg bab persatuanlah. Jgn buruk sangka.Ini benda basic dlm agama. Takkan itu pun ko tak tahu?” bls Nur.
Keras bunyinya.Terganggu dgn teguran Siti itu barangkali.
“Ala, kitorg study je. Bkn ada buat apapun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.
“Kalau tak boleh mcm ni, habis yg org kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, ko igt masa tu org takda nafsu ke? Knp di situ boleh, tp kt sini byk pula songel kau?” bentak Bob yg amt berbulu mendgr tazkirah Halim.
Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorg manusia, bijak sekali mencari ruang2 di celah hukum utk mengharuskan perlakuan mrk.
‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU
Sprti gelagat Bani Israel yg diharamkan bekerja menangkap ikan pd hari Sabtu. Tujuannya ialah spy hari itu didedikasikan sepenuhnya kpd ibadah khusus mrk kpd Allah.
Namun kaum yg bijak ini, pantas bermain helah.
Kreativiti minda mrk digunakan utk memasang perangkap dan jaring spy ikan2 itu tersangkut dgn sendiri tanpa mrk sendiri melakukannya dgn tgn. Justeru bolehlah dihujahkan dgn bijak kpd Allah bhw mrk tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yg tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mrk.
“Salah ikan, bkn salah kami!” barangkali begitulah helah mrk.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
”Dan tanyakanlah kpd mrk(wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yg letaknya di tepi laut, semasa mrk melanggar larangan pd hari Sabtu, ketika dtg kpd mrk pd hari Sabtu itu ikan2(yg menjadi cubaan kpd) mereka, yg kelihatan timbul di muka air; sdg pd hari2 lain, ikan2 itu tidak pula dtg kpd mereka.Demikianlah Kami menguji mereka (dgn cubaan itu) krn mereka sentiasa berlaku fasik lg durhaka” [al-A'araaf 7: 163]
Mrk membelok hujah ke sana sini utk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yg dikurniakan Allah digunakan utk menipu Allah, turunlah darjat manusia kpd kerendahan yg hina. Akal dikurniakan Allah kpd manusia agr dgn akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bkn berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yg digunakan utk menipu Tuhan, adlh sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.
“Asfala saafileen,” kata al-Quran.
Justeru mrk beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yg lebih sepadan dgn kerendahan itu:
“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) org2 di antara kamu yg melanggar (larangan) pd hari Sabtu, lalu Kami berfirman kpd mereka: “Jadilah kamu kera yg hina!” [al-Baqarah 2: 65]
Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dgn sebaik-baik kejadian, mrk bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah2nya. Dgn cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yg menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.
Kera itulah barangkali yg terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yg mensesiakan akal kurniaan Tuhan utk menipu Tuhan.


BATAS PERGAULAN
Lupakah kita kpd sbb musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dlm pergaulan ini biar ada btsn? Ayuh kita pulang sejenak kpd firman-Nya:
“Dan apabila kamu meminta sesuatu yg harus diminta dari mrk maka mintalah kpd mereka dari sebalik hijab. Cara yg demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mrk” [al-Ahzaab 33: 53]
Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan2 persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah memerintahkan kpd lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dgn hal ehwal sprti ini, laksanakanlah ia dgn perantaraan HIJAB.
Hijab itu tafsirannya luas.
Samada hijab itu merujuk kpd pengertian asalnya yg bererti tabir penutup, atau kpd konsep yg lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas2 yg menghadkan pergaulan kita. Hijab yg membataskan tingkah laku,pandangan dan pengamatan,pendengaran,bhw di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak2 Allah menjadi pagar antara keduanya.
http://saifulislam.com/?p=4749......


peringatan utk diriku sendiri....dan org lain....

No comments: